Tuesday, November 24, 2009

Sikap insan CEMERLANG!

  • Mengeratkan hubungan dengan Maha Pencipta

  • Ada cita - cita dan matlamat hidup

  • Sikap positif (mencari jalan bukan mencari alasan)

  • Cerdas minda

  • Akhlak mulia

  • Bersih minda dan jasmani

  • Menepati masa

  • Bersih, cekap dan amanah (Jujur)

  • Bertanggungjawab

  • Percaya akan diri sendiri

  • Pandai bergaul, tidak sombong

  • Mempunyai kestabilan emosi; tidak mudah naik darah

  • Mempunyai daya inisiatif yang tinggi

  • Kreatif

  • Mempunyai kemahuan untuk maju

  • Mempunyai sikap terbuka

  • Mudah dihubungi

  • Berwibawa

Langkah-langkah menjadi CEMERLANG!

  • Dorongan dan tenaga yang hebat.

  • Keyakinan diri.

  • Suka mengetahui hasil kerjanya.

  • Berterusan dalam menyelesaikan masalah.

  • Sentiasa menentukan matlamat.

  • Mengambil risiko yang sederhana.

  • Mengendali kegagalan dengan positif.

  • Menggunakan maklum balas.

  • Mengambil inisiatif

  • Kepercayaan nasib banyak bergantung pada usaha.

  • Boleh menyesuaikan diri.

  • Berpandangan jauh.

  • Suka akan cabaran.

  • Tekun / Rajin.

  • Berdisiplin.

  • Berusaha mencapai kecemerlangan.



Lagu Kita...(aizat)

Deras hati ku berdetar
Di langit aku terlihatkanmu
Terang malam.... teman kita
Dengan angin meniup sayu

Ku petik gitar akustik ini
Dengan harapan dia mendengar
Melodi indah yang ku cipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanya

*Dan aku terus...
Menyanyi lagu ini untukmu
Walau berjuta mendengar
Lagu ini hanya untukmu
Arah hidup kita
Digambar bintang di angkasa
Dan berkelip melukis cinta
Terciptalah Lagu Kita

Melodi indah yang ku cipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanya

Terciptalah Lagu Kita

KENANGAN TERINDAH...(samsons)


Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
cinta yang tlah hilang darimu
yang mampu menyanjungku

Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
selama itu pun
aku mampu tuk mengenangmu

Darimu, kutemukan hidupku
Bagiku, kau lah cinta sejati

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang telah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah






Anak Soleh (U.N.I.C)

Sifat anak yang soleh mentaati ibu ayah
Tidak membantah malah mentaatinya
Halus peribadinya mencontohi Rasulullah
Tingkah lakunya dijaga akhlak dipelihara
Segala amalan dijaga hanya kerana Yang Esa

Hormat pada yang tua Kasih pada yang muda
Sayang pada ibu ayah dan juga keluarga
Hidupnya rajin berusaha
Tidak pernah berputus asa
Didalam kehidupan penuh pancaroba

Tiada cinta di hatinya Hanyalah cinta Allah
Ada rasa rindu Hanyalah untuk Rasulullah
Kasih dan sayang hanyalah pada ibu ayah
Hormat menghormati sesama insan berbudi
Guru dan teman-teman sentiasa dikasihi
Itulah diantara sifat anak-anak yang soleh

Friday, November 20, 2009

PANDUAN MENJAWAB SOALAN BINA AYAT

1. Boleh bina ayat tunggal.
2. Boleh bina ayat majmuk.
3. Boleh bina ayat aktif.
4. Boleh bina ayat pasif.
5. Boleh bina ayat cakap ajuk tetapi perlu mematuhi peraturan
tanda baca (tanda petik).

Pelajar dilarang :
1. Menambah atau menggugurkan imbuhan.
2. Jadikan perkataan diuji sebagai kata nama khas.
3. Jadikan perkataan diuji sebagai peribahasa.
4. Membina ayat yang tidak jelas/ tidak difahami maksud.


Contoh soalan dan jawaban:

(i) Suka duka.

Ketika bertugas di kawasan pedalaman itu, saya terpaksa menempuh pelbagai suka duka sebelum saya berjaya membawa kejayaan untuk sekolah dan penduduk di kawasan itu. ( Ayat Majmuk )

(ii) Baik buruk.

Kejadian kesan buruk yang tidak disedari atau tidak dilaporkan akan hanya memberikan gambaran yang tidak tepat tentang baik buruk sesuatu ubat itu. ( Ayat Majmuk )

(iii) Penat lelah

Segala penat lelah beliau terbayar apabila beliau memenangi tempat pertama dalam pertandingan itu. ( Ayat Majmuk )

(iv) Melayari laman web

Pelajar-pelajar digalakkan supaya melayari laman web Kementerian Pngajian Tinggi untuk mendapatkan maklumat tentang kemasukan ke Institsui Pengajian Tinggi Awam (IPTA). ( Ayat Majmuk )

(v) Pembangunan mesra alam

Kerajaan akan memastikan bahawa setiap pemaju perumahan mestilah mengutamakan pembangunan mesra alam untuk mengelakkan pencemaran dan kejadian tanah runtuh yang semakin berleluasa.

( Ayat Majmuk )


(vi) Semangat setia kawan

Walaupun kita terpaksa bersaing sesama sendiri untuk merebut jawatan itu, semangat setia kawan dan persahabatan perlulah dipelihara.

( Ayat Majmuk )

KESAN AYAT TIDAK GRAMATIS

Soalan 2 (a), 2(b), 2(c) dan 2(d).

Kesilapan calon ketika menjawab soalan pemahaman.
1. Isi jawaban dalam bentuk nota.
2. Ayat tidak lengkap kerana tiada subjek.

Sebab-sebab berlakunya kesilapan :
1. Pelajar degil dan cuai walaupun telah diberi ingatan.
2. Tidak belajar merancang masa untuk menjawab soalan.
3. Terikut-ikut dengan gaya penulisan dalam buku kerja pelajar.

Kesan kesilapan:
Contoh soalan 2(a)(ii) SPM 2008.

(ii) Pengarang mengemukakan beberapa bukti yang menunjukkan penglibatan Malaysia dalam bidang penerokaan angkasa lepas. Nyatakan bukti-bukti tersebut.
KK : Nyatakan.

Jawaban contoh :
-Pembabitan Malaysia bermula pada awal tahun 1980-an.
-Melaksanakan program penghantaran angkasawan pertama ke angkasa lepas
-Pelancaran tiga buah satelit ke angkasa lepas.

Isi betul - 3
Ayat tidak gramatis
Markah : 2
Pelajar hilang 1 markah.

Contoh soalan 2(a)(ii) SPM 2008.

Jawaban contoh :
- Persediaan dari segi fizikal supaya tubuh badan saya cukup sihat untuk menjalankan tugas sebagai angkasawan.

- Cari maklumat yang banyak berkaitan bidang angkasa lepas daripada internet, buku ilmiah mahu pun media massa supaya pengetahuan saya cukup mantap dalam bidang ini.

- Persediaan mental supaya sedia bersaing dan sanggup berkorban demi menjayakan tugas sebagai angkasawan.

Isi betul : 4 ( 2 isi dan 2 huraian )
Ayat tidak gramatis
Markah : 3
Pelajar hilang 1 markah.

Andaian :
Pelajar yang sama biasanya akan mengulangi setiap jawaban dengan cara memberi isi berbentuk nota ringkas. Pelajar mungkin akan kehilangan antara 6 hingga 8 markah untuk soalan 2(a) hingga 2(d) jika diandaikan pelajar ini dapat memberi isi dan huraian yang tepat tetapi ayat tidak gramatis.

Maka :
1. Jawab dalam bentuk ayat yang gramatis.
2. Ayat gramatis mempunyai subjek.
3. Subjek jawaban diperoleh daripada predikat soalan.
4. Gandingkan predikat soalan dengan isi jawaban lengkap.
5. Ayat gramatis boleh terdiri daripada ayat tunggal atau ayat
majmuk.

Sumber: http://galusbm.blogspot.com

PENULISAN BAHAGIAN PENDAHULUAN KARANGAN

PENDAHULUAN

Karangan ialah sejenis gerak kerja yang penting dalam bidang penulisan dan diuji pada peringkat Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia menerusi mata pelajaran Bahasa Melayu kertas 1 (kod kertas: 1103/1). Mengarang ialah satu kemahiran yang perlu dipelajari serta dilatih kerana kemahiran ini penting dimiliki oleh setiap pelajar. Karangan terhasil daripada kebijaksanaan dan keterampilan menggubah atau menyusun kata-kata untuk dijadikan rangkai kata dan seterusnya untuk dijadikan ayat. Aktiviti mengarang memerlukan kemahiran menyampaikan idea, fakta dan yang seumpamanya yang terdapat dalam pemikiran manusia melalui alat komunikasi yang dinamakan bahasa.

Mengarang merupakan suatu kemahiran yang perlu dikuasai melalui proses penulisan yang juga memerlukan seseorang itu berlatih menyusun serta mengilah buah fikiran dan idea agar terjalin dengan kemas, lancar, dan berkesinambungan. Kemahiran ini amat berkait rapat dengan kemahiran mendengar, bertutur dan membaca. Mengarang juga merupakan suatu proses yang bersistem dan berterusan. Beberapa tahap mesti dilalui sebelum sesuatu hasil penulisan dihasilkan. Mengarang juga bukan sahaja merupakan kebolehan semulajadi, bahkan perlu dipelajari dan perlu ada latihan yang sistematik sifatnya.

ASAS-ASAS MENGARANG YANG DIPERLUKAN

1. Menganalisis soalan

1.1. Pilih tajuk yang benar-benar anda fahami yang bersesuaian dengan
pengetahuan dan pemahaman anda tentangnya. Anda mestilah benar-benar
memahami pilihan itu dari segi format atau bentuk, isi dan laras bahasanya.
1.2. Carilah kunci utama sesuatu soalan yang biasanya terletak pada perkataan
tertentu.
1.3. Kunci utama pada soalan yang biasa digunakan ialah bincangkan,
sejauhmanakah, berikan pendapat, tulislah gambaran, gambarkan
keadaan, dan lain-lain lagi.
1.4. Sesudah memahami kunci utama soalan, pastikan anda memahami jumlah
elemen yang terkandung dalam soalan itu. Kadang-kadang terdapat dua elemen
atau perkara yang perlu ditulis dalam sesebuah karangan.

2. Merangka karangan.

2.1. Rangka karangan ialah garis kasar bagi menulis karangan yang sebenar.
2.2. Rangka karangan seharusnya mengandungi:
(a) pendahuluan
(b) isi-isi /idea
(c) penutup/kesimpulan
2.3. Rangka karangan hendaklah ringkas.
2.4. Anda boleh menulis dalam bentuk ‘point’ atau peta minda.

3. Menulis pendahuluan.

3.1. Tujuan utama bahagian ini adalah untuk menarik minat dan tumpuan pembaca
terhadap tema penulisan.

4. Mengembangkan idea:

4.1. Karangan yang baik mestilah dapat dikembangkan ideanya dengan sempurna.

5. Penutup/kesimpulan.

5.1. Kesimpulan merupakan tempat bagi penulis untuk merumuskan semua isi yang
telah dikemukakan.
5.2 Pada bahagian ini, penulis boleh memberikan sedikit cadangan.
5.3. Bahagian ini perlu ditulis dalam satu perenggan sahaja.


BAHAGIAN PENDAHULUAN KARANGAN

Bahagian ini memperkenalkan secara tersurat atau tersirat akan isu atau persoalan yang menjadi judul penulisan. Bahagian ini hendaklah dipersembahkan dengan gaya yang menarik dan bertenaga .

Antara bentuk pendahuluan yang dicadangkan:

(a) definisi
(b) persoalan
(c) pantun
(d) seni kata lagu
(e) sajak
(f) syair
(g) cerita
(h) kata-kata hikmat
(i) dialog
(j) ucapan/kata-kata pembesar/orang ternama
(k) statistik
(l) berita akhbar
(m) sejarah
(n) suasana
(o) peribahasa

Contoh Pendahuluan Jenis Definisi

Soalan:

Amalan membaca seharusnya bermula di rumah.
Anda bersetuju dengan pendapat di atas.
Huraikan pendapat anda itu.


Membaca sering didefinisikan sebagai memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya. Di samping itu, membaca juga meliputi pengucapan apa-apa yang tertulis atau tercetak pada buku, papan tanda, dan lain-lain lagi secara lisan, sama ada dengan kuat atau sebaliknya. Di Malaysia, membaca belum lagi dianggap menjadi amalan dalam kehidupan sebahagian besar rakyat negara ini. Bagi golongan pelajar, membaca hanya menjadi rutin bagi tujuan mentelaah, manakala bagi golongan yang sudah melepasi dunia pelajar, mereka hanya membaca bahan bacaan ringan, bukan bahan ilmiah yang menambahkan ilmu. Justeru, membaca wajar dijadikan amalan dan perlu dibentuk sejak kecil kerana “kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Sesuai dengan peribahasa tersebut, maka amalan membaca seharusnya bermula di rumah.

Contoh Pendahuluan Jenis Pantun

Soalan:

Anda telah dipilih mewakili kelas dalam pertandingan menulis esei sempena
Minggu Keusahawanan yang dianjurkan oleh Persatuan Ekonomi sekolah anda. Tajuk esei yang ditetapkan ialah “Faedah Berjimat Cermat”.

Tulis esei anda itu selengkapnya.


Tikar pucuk tikar mengkuang,
Alas nikah raja Melayu;
Ikan busuk jangan dibuang,
Buat perencah si daun kayu.

Pantun warisan di atas mengingatkan kita supaya tidak membuang ikan yang sudah busuk. Sebaliknya, suri rumah yang kreatif seharusnya memanfaatkan ikan busuk itu untuk dijadikan hidangan yang istimewa. Dengan sentuhan yang bijak, ditambah pula dengan pelbagai ramuan termasuk ulam-ulaman, ikan busuk itu akan menjadi makanan yang enak untuk dinikmati. Demikian, maksud secara literal pantun empat kerat di atas. Secara tersiratnya, pantun tersebut mengingatkan kita agar sentiasa berjimat-cermat dalam kehidupan amnya, dan perbelanjaan seharian khususnya. Tambahan pula, agama Islam sendiri melarang umatnya bersikap boros lantaran pemboros ialah sahabat syaitan.

Contoh pendahuluan jenis seni kata lagu

Soalan:

Pelbagai langkah telah diambil oleh pihak kerajaan untuk memajukan sektor pertanian di samping meningkatkan taraf hidup golongan petani.

Tulis sebuah rencana tentang sumbangan sektor pertanian terhadap ekonomi negara untuk dimuatkan dalam akhbar tempatan.

Burung yang berkicau
Air mengalir tenang
Sejuk mata memandang
Damai mempesonakan
Padi melambai-lambai
Gadis di tepi bendang
Walau panas membahang
Tetap manis tersenyum riang

Lagu ’Desa Tercinta’ dendangan Nora yang dikategorikan dalam genre muzik irama Malaysia ini sangat popular sekitar tahun 2000 yang lalu. Ilustrasi di dalam lagu tersebut menunjukkan betapa harmoni hubungan antara alam dengan insan. Lebih jauh lagi, lagu itu berusaha memberikan gambaran tentang keindahan sebuah kampung tradisional di negara kita. Kampung tersebut masih mengekalkan sektor pertanian, khususnya penanaman padi sebagai sumber utama pendapatan penduduknya. Walau bagaimanapun, gambaran seumpama itu hanya indah dan terdapat di beberapa perkampungan di negara kita, sedangkan desa yang lainnya sudah dicalar oleh projek pembangunan yang menggila. Di sisi yang lain, sektor pertanian sesungguhnya masih amat diperlukan untuk terus membangunkan negara. Lantaran itu, apakah langkah-langkah proaktif yang wajar dilaksanakan bagi memajukan sektor pertanian di negara ini?

Contoh Pendahuluan Jenis Cerita

Soalan:

Bencana alam seperti gempa bumi, banjir lumpur dan tsunami telah melanda beberapa buah negara sejak belakangan ini. Mala petaka ini memerlukan kerjasama sejagat bagi membantu mangsa-mangsa yang terlibat.

Tulis sebuah rencana mengenai peranan Malaysia dalam meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa bencana tersebut.

Mbah Maridjan. Lelaki yang berusia 79 tahun ini amat dikenali namanya di Kanahreja Dusun Palemsari Kabupatin Sleman, Jawa Tengah. Beliau mengaku sebagai pemegang kunci Gunung Merapi yang akan memuntahkan lahar merahnya bila-bila masa sahaja. Beliau yang tinggal tiga kilometer dari kawah lahar yang sedang mendidih itu mengaku mendapat perintah daripada Almarhum Sultan Hamengku Buwono IX yang melantiknya sebagai juru kunci gunung itu beberapa waktu yang silam. Pengaruh Mbah Maridjan sangat kuat dalam kalangan penduduk di desanya sehingga beliau dan pengikut-pengikutnya tidak akan berganjak dari kawasan itu walaupun dipaksa. Persoalannya, apakah yang akan terjadi kepada seluruh penduduk di kawasan itu apabila Gunung Merapi itu memuntahkan lahar merahnya? Apakah pula peranan negara ini dalam meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa bencana alam seperti itu, di samping bencana yang lain seumpama tsunami, banjir lumpur dan taufan?


Contoh pendahuluan jenis kata-kata pembesar

Soalan:
Amalan membaca harus dipupuk dalam kalangan rakyat negara ini sejak mereka kecil lagi, seperti kata peribahasa ’melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Hal ini bertepatan dengan hasrat kerajaan yang bertujuan untuk melahirkan masyarakat berilmu yang maju dan berdaya saing.

Bincangkan usaha-usaha untuk memupuk minat membaca dalam kalangan rakyat negara ini.


”Setiap seorang daripada kita mesti memberikan nilai tambah kepada diri masing-masing.” Demikian Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah menukil dalam salah satu ucapan beliau sekitar pertengahan tahun 2005 yang lalu. Ungkapan keramat itu sesungguhnya membawa maksud bahawa harga seseorang dalam pasaran pekerjaan akan bertambah andai individu itu berusaha mendapatkan keterampilan yang lain untuk dirinya. Selain melalui proses pembelajaran secara formal, nilai diri akan dapat ditambah dengan banyaknya menerusi amalan membaca. Cerdik pandai sering menganggap membaca sebagai jambatan ilmu. Persepsi ini terjelma lantaran amalan membacalah yang dapat menghubungkan antara manusia dengan segala ilmu dan pengetahuan. Oleh hal yang demikian, pelbagai usaha perlu dilaksanakan bagi memupuk amalan membaca dalam kalangan rakyat negara ini.

Contoh Pendahuluan Jenis Statistik

Soalan:

Kadar kemalangan jalan raya di negara dianggap antara yang tertinggi di dunia. Setiap hari, ada sahaja berita tentang kemalangan jalan raya yang disiarkan menerusi media massa.

Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara ini.

Pada hari pertama Ops Sikap XII 2007 dilaporkan bahawa 921 kemalangana telah berlaku di negara ini. Jumlah tersebut meliputi 24 kemalangan maut yang membawa kepada 25 kematian. Ketua Polis Negara yang melaporkan data ini menyatakan rasa tidak puas hati beliau akan situasi tersebut. Hal ini kerana kebanyakan kemalangan berlaku disebabkan kecuaian pengguna jalan raya yang kurang mementingkan keselamatan. Para pengguna dianggap tidak menghargai diri sehingga sanggup menggadai nyawa semata-mata kerana berhasrat untuk tiba di destinasi masing-masing dengan cepat. Oleh hal yang demikian, usaha-usaha yang lebih mapan wajar dilaksanakan bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara ini.

Contoh Pendahuluan Jenis Berita Akhbar

Soalan:

Sistem pengangkutan di negara ini telah mengalami perubahan yang amat ketara. Berbanding dengan dua puluh tahun yang lalu, kini pelbagai jenis sistem pengangkutan moden telah disediakan bagi kemudahan para pengguna.

Berikan pendapat anda tentang sistem pengangkutan moden di negara ini.

‘Kerajaan galak mohon permit teksi eksekutif’. Demikian tajuk berita yang terpapar di muka 11 akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 17 Jun 2007 yang lalu. Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi selepas beliau merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Berjasa Negeri Sembilan Berhad kali ke-9 di Seremban. Teksi eksekutif merupakan sistem pengangkutan awam yang menggunakan teksi yang lebih besar dan selesa, tetapi tambangnya lebih tinggi berbanding dengan teksi bajet. Penggunaan teksi eksekutif dicadangkan apabila usia kenderaan sedia ada mencapai tempoh tujuh tahun. Selain teksi eksekutif, terdapat beberapa jenis sistem pengangkutan moden di negara ini, termasuklah monorel, keretapi LRT dan lain-lain lagi.

Contoh Pendahuluan Jenis Peribahasa

Soalan:

Peribahasa ”jiran sepakat membawa berkat” sangat tepat digunakan sebelum ini oleh
masyarakat di kawasan luar bandar dalam tradisi bermasyarakat. Bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar pula, budaya ini semakin pupus sekiranya tiada usaha untuk terus memupuknya.

Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha memupuk semangat kejiranan dalam
kalangan masyarakat.

’Jiran sepakat membawa berkat’. Ungkapan indah ini mengandungi maksud yang amat mendalam. Hidup bermasyarakat pada era globalisasi ini sering meletakkan konsep kejiranan bukan di sisi paling utama. Senario ini menyebabkan kedapatan jiran yang tidak mengetahui bahawa tetangga mereka sedang mengalami masalah, malah musibah sekalipun. Ada antara mereka yang kehairanan serta terkejut apabila dimaklumkan bahawa jiran sebelah rumah sudah berulat setelah menjadi mangsa pembunuhan oleh penjenayah. Seandainya hidup sesama jiran mengamalkan konsep pemuafakan, sudah barang pasti pelbagai faedah diperoleh. Hal ini tentu menggenapi maksud peribahasa yang terungkap di awal perenggan ini.



Contoh Pendahuluan Jenis Iklan

Soalan:

Iklan merupakan alat yang digunakan oleh pengeluar barangan untuk memperkenalkan barangan atau perkhidmatan baru di pasaran. Iklan juga digunakan untuk melariskan jualan sesuatu barangan. Melalui iklan, pihak pengeluar berharap pengguna dapat dipengaruhi untuk membeli sesuatu barangan.

Berikan pendapat anda tentang sejauh mana iklan mengelirukan pengguna.

Pesona membangkitkan tarikan
Tarikan menyerlahkan personaliti
Personaliti menampilkan keanggunan
Keanggunan ialah kuasa.

Kata-kata indah ini merupakan bahasa iklan yang dikeluarkan oleh Syarikat Celcom untuk mempromosikan barangan keluarannya. Bahasa indahnya begitu mempesonakan pembaca, malah lebih jauh lagi amat berkuasa untuk mempengaruhi para pengguna agar menggunakan barangan yang diiklankan. Bagaimanapun, tidak semua kata-kata yang indah itu menggambarkan keadaan sebenar barangan yang diklankan. Jika kenyataan ini benar, maka gambaran itu menepati kata-kata ‘indah khabar daripada rupa’.

Sumbangan :
Encik Nor Hashim Bin Bahrin,
Ketua Bidang Bahasa,
SMK Dato' Jaafar, Johor Bahru.

Jurulatih Utama Bahasa Melayu
Jabatan Pelajaran Negeri Johor

Sumber: BlogCikguRazak

Sunday, November 15, 2009

Fokus Soalan Novel SPM 2009

1. Watak dan perwatakan dikaitkan dengan nilai dan pengajaran
2. Teknik penceritaan/ teknik plot (Saspen, imbas kembali, dialog, monolog, pemerian)
-Perbandingan 2 buah novel.

Fokus Soalan Tatabahasa SPM 2009

a) Binaan ayat
b) Kemahiran bahasa
-Cakap ajuk cakap pindah
-Ayat biasa dan ayat songsang
-Cerakin/ pisahkan/ asingkan ayat
-sambungkan/ gabungkan ayat

b) Kesalahan ejaan dan imbuhan
c) Kesalahan penggunaan kata dan tatabahasa
d) Nyatakan peribahasa berdasarkan peribahasa

Fokus Soalan Pemahaman KOMSAS SPM 2009

Cerpen Tg. 4
1. Annyss Sophillea
2. Lambaian Malar Hijau
Cerpen Tg. 5
1. Virus Zel Untuk Abah

Drama Tg. 4
1. Serunai Malam
Pemahaman Prosa Tradisional:
Tg. 4
1. Cerita Bayan
2. Sikap terburu-buru Membawa Padah
Tg. 5
1. Sabor
2. Kepahlawanan Tun Beraim Bapa

Pemahaman Puisi
Tg. 4
1. Pantun Kiasan
2. Seloka Pak Kaduk
Tg. 5
1. Pantun 6 Kerat
2. Syair Kelebihan Ilmu

Sajak Tg. 4
1. Anak Laut
2. Derita Pertama
3. Jalan-jalan raya kotaku
Sajak Tg. 5
1. Duhai Pentafsir
2. . Di Ruang Gemanya

Pemahaman Prosa Moden

Fokus karangan SPM '09

Berdasarkan Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5, terdapat karangan bertemakan perpaduan `Amalan nilai-nilai murni untuk perpaduan'. Cubalah latihan berdasarkan soalan-soalan berikut:

(i) Bincangkan peranan ibu bapa untuk menerapkan nilai perpaduan dalam kalangan ahli keluarga.

(ii) Bincangkan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

(iii) Tulislah rencana yang bertajuk `Perpaduan asas kegemilangan negara'.

(iv) Hasilkan sebuah cerpen yang bertemakan `Perpaduan' untuk dimuatkan dalam majalah sekolah anda.

(v) Huraikan peranan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk meningkatkan perpaduan dalam kalangan negara di dunia.

Saturday, November 7, 2009

Huraikan teknik plot berdasarkan dua novel yang telah anda kaji.

Salam buat semua murid SPM terutamanya Mei Teng dari 5 Batai. Maaf kerana cikgu tak dapat memberi jawapan secepat mungkin kerana cikgu pun menghadapi peperiksaan pada hari Ahad yang lalu. Sekiranya soalan novel tertera seperti di atas, nyatakan teknik plot yang terdapat dalam novel diikuti dengan contoh dan huraian berdasarkan kedua-dua novel.
Contohnya,
Terdapat teknik dialog dalam novel-novel yang telah saya baca. Dalam novel Bukit Kepong, terdapat perbualan diantara Othman Yusof dengan ibu dan bapanya tentang hasratnya untuk menyertai pasukan keselamatan. Manakala dalam novel Konserto Terakhir, terdapat perbualan diantara Hilmi dan Mamat tentang minat Hilmi untuk mempelajari bidang muzik.
Untuk jawapan lengkap boleh rujuk buku rujukan atau berjumpa saya sendiri. Selamat berjaya dalam SPM.