Wednesday, August 12, 2009

Hidup bererti

Kalau kita asyik mahu mencari kesalahan orang, adakah hidup kita akan bahagia?
Kalau kita asyik mahu mencipta sengketa, adakah hidup kita akan gembira?
Kalau kita asyik mahu melihat kekurangan diri, adakah hidup kita akan sempurna?
Kalau kita asyik bercakap sahaja, adakah semua impian hidup kita akan menjadi?
Sememangnya, semua persoalan di atas agak sukar untuk dijawab oleh jiwa yang rasional. Satu renungan, penelitian, dan pencernaan minda amat diperlukan dalam merungkai frasa-frasa yang dinyatakan. Nampak sukar? Atau gaya bahasa saya yang mengelirukan?
Dalam pergaulan seharian, kita pasti akan bertemu dengan manusia yang mempunyai pelbagai ragam dan kerenah yang kadang kala amat sukar untuk dimengertikan.
Bukan sedikit orang yang suka melihat orang lain melakukan kesalahan. Walaupun kesalahan tersebut sebesar zarah, pasti hal tersebut akan digembar-gemburkan ke seluruh organisasi. Begitu juga terdapat spesies manusia yang amat gembira apabila melihat seseorang yang lain berdukacita atau mengalami masalah. Aduhai...hidup ini hanya sementara namun, mengapakah hal-hal sebegini masih berlaku di dalam dunia yang fana ini. Justeru, muhasabahlah diri agar diri terhindar daripada segala bentuk kebatilan dan sentiasa cuba menjauhi kemungkaran. Alangkah indahnya hidup ini andainya semua umat manusia hidup dalam berkasih sayang?

No comments:

Post a Comment