kita berBAHASA, berBICARA, dan berKONGSI luahan MINDA dalam meWARNAi kehidupan yang hanya seketika.
Showing posts with label Catatan cikgu. Show all posts
Showing posts with label Catatan cikgu. Show all posts
Thursday, June 28, 2012
Cemerlang Bahasa
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sebenarnya sudah lama saya tidak menulis. Kekangan masa dan tenaga(rasanya....) Baru-baru ni saya terpanggil untuk melihat semula aspek kecemerlangan bahasa dalam kalangan rakyat Malaysia. Sebenarnya saya sangat kagum akan murid-murid saya yang mampu berbahasa kebangsaan dengan cantik, kemas, dan mengesankan walaupun mereka hanya mempelajari BM di sekolah. Malahan, mereka hanya menggunakan BM semasa P&P BM dan bercakap dengan guru BM (kerana terpaksa). Agak-agaknya, mengapakah mereka mampu berbahasa sedemikian rupa walaupun bukan berketurunan Melayu dan BM bukanlah bahasa ibunda mereka. Tajuk yang sangat menarik untuk dibincangkan kerana hasil dapatan ini boleh digunakan untuk membantu murid-murid lain yang lemah dalam berbahasa Melayu walaupun sejak saat pertama lahir ke dunia
telah diperdengarkan dengan bahasa yang indah ini.
Thursday, September 3, 2009
Sedarlah wahai muridku sayang.

Salam kepada semua. Kertas peperiksaan sudah pun selesai ditanda dan diedarkan kepada murid-murid. Hal yang menyedihkan ialah apabila masih ada murid-murid cikgu yang tidak dapat menjawab soalan dengan baik. Kadang-kadang jawapan yang diberikan dan format yang ditulis seumpama cikgu tidak pernah mengajar kalian. Cikgu memang rasa kecewa kerana rasanya sudah hampir terputus urat leher cikgu menjerit di dalam kelas, tetapi begitulah hasilnya. Cikgu amat berharap anda semua akan cepat tersedar daripada mimpi yang lena. PMR hanya tinggal lebih kurang 4 minggu saja lagi. Kalaulah kamu semua masih enak dibuai tidur yang panjang, alangkah sia-sianya segala masa yang telah kamu laburkan selama ini. Bertindaklah sekarang untuk mengubah nasib diri kamu.
Tuesday, August 25, 2009
Jaya Diri 2009 - moga terus berjaya

Assalamualaikum, alhamdulillah kelas tambahan untuk tingkatan 3 dan tingkatan 5 telah selesai dilaksanakan. Kelas Jaya Diri untuk PMR diadakan pada hari Isnin 24 Ogos 2009. Terima kasih diucapkan kepada Kak Dian, Kak Julie, Aini, Azeanna, dan Wan yang bertungkus lumus mengajar murid-murid yang datang walaupun hanya 14 orang yang datang. Mudah-mudahan segala ilmu yang dicurahkan dapat membantu murid yang betul-betul ingin berubah.
Kelas Jaya Diri SPM berlangsung pada hari ini walaupun hanya 15 orang yang hadir. Dapat juga saya mencurah ilmu dalam bahagian Karangan Berpandu. Terima kasih kepada Chen, Leong, Fice Tine dan Wan yang sanggup mengorbankan masa cuti mereka untuk bersama-sama murid yang hadir. Tak lupa juga terima kasih kepada kak Norita (GKM Bahasa) yang sudi meluangkan masa bersama cikgu-cikgu BM yang berdedikasi. Semoga segala usaha yang dicurahkan dapat mendatangkan hasil yang diharapkan. Letihlah jugak walaupun sekejap...bulan puasalah katakan.
Thursday, June 18, 2009
Konflik remaja

Azmira, Gwen dan Siti Fatimah sibuk berlatih untuk PLBS. Mereka membincangkan 'Cara-cara menangani konflik remaja'. Tapi Gwen kata 'not really sibuk'. Seronok melihat mereka berlatih bersama dan ketawa pada benda yang tak sepatutnya ditertawakan. Dulu aku pun macam tu jugak. Akulah murid yang paling suka membuli cikgu dan buat cikgu tak tahu nak kata apa. Hiperaktif dan tak tahu duduk diam. Terima kasih kepada murid-murid yang sedia membantu guru. Yang penting, mereka tak de konflik.
Tuesday, June 16, 2009
Belajar lagi...

Assalamualaikum. Hari ni aku belajar lagi sesuatu yang menarik daripada murid-murid tersayang. Mereka 'cute', comel, dan bijak-bijak belaka. Seronok bercakap dan berinteraksi dengan mereka. They are damn cool!! Murid-murid 4 Angsana mengajar aku tentang 'facebook'. Memang lama dah aku dengar, tapi tak tahu macam mana nak mula. Dengan bantuan anak-anak muridku, aku berjaya 'join in' walaupun masih 'blur' lagi. Terima kasih banyak-banyak, ye sayang. Jangan lupa belajar bersungguh-sungguh. Cikgu amat yakin kamu semua akan berjaya menjadi insan yang berguna pada masa hadapan. Wassalam.
Monday, June 15, 2009
Belajar dan terus belajar.

Hari ini aku belajar sesuatu yang baru daripada murid-muridku. Terima kasih kepada murid-murid 4 Kempas yang sangat 'supportive'. Tak salah kita belajar daripada anak murid, cikgu pun bukannya tahu semua benda. Amanda, Nicholas dan Wae Hin membantu aku untuk membina ruang 'chat' dalam blog ini. Memang generasi muda amat terdedah dengan teknologi IT. Aku sempat melihat blog Horng Yi yang penuh dengan gambar-gambar wanita jelita 'alohaalohi'. Cantik betul nama blognya.
Perbincangan jawapan peperiksaan pertengahan tahun berjalan lancar. Alhamdulillah, semua murid berpuas hati dan tiada kesilapan dalam penandaan. Maklumlah, kadang-kadang cikgu pun buat silap juga. Apatah lagi kalau dah penat menanda kertas jawapan yang menimbun.
Esok dan lusa sukan sekolah akan berlangsung, jadi keadaan sekolah agak meriah kerana 'raptai' sedang berlangsung dan murid yang tidak terlibat masih belajar di dalam kelas macam biasa. Sukan tetap sukan dan sesi pembelajaran terus berlangsung seperti biasa. Hidup semangat DJian!
Subscribe to:
Posts (Atom)
