Showing posts with label Motivasi minda. Show all posts
Showing posts with label Motivasi minda. Show all posts

Sunday, July 4, 2010

Usah berputus asa...


Apa saja ketentuan dari Allah SWT ada hikmahnya. Janganlah berputus asa jika doa kita tak dimakbulkannya kerana mungkin ada hikmah di sebalik apa yang telah dikurniakan kepada kita walaupun ianya bukan kehendak kita.


Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba-tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi.Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi. Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu dia pun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa, "Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin."Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang itu masih tetap kacang soya. Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi, "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin."Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi?Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walau bagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak. Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa, "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin." Lalu dia pun berangkat.Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada. Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget terkejut seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe.Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang. Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe , tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya.Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita, "Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi."Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe , tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya "Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin."Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?"Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap. Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan.


MoralPertama : Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.


Kedua : Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hamba-Nya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.


Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan.Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU, menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan...


“Ketika Allah memberimu, Dia memperlihatkan kepadamu belas kasih-Nya. Ketika Dia menolak memberimu, maka Dia memperlihatkan kepadamu kekuasaan-Nya. Dan dalam semua itu, Dia memperkenalkan diri-Nya kepadamu dan menghadapmu dengan kelembutan-Nya.”

Friday, May 28, 2010

The Virtue of Our Time

On the authority of Abdullah bin Omar, who said: The messenger of Allah took me by the shoulder and said: ”Be in the world as though you were a stranger or a wayfarer.”

The son of Omar used to say: ”At evening do not expect [to live till] morning, and at morning do not expect [to live till] evening. Take from your health for your illness and from your life for your death.” Related by Bukhari



A story to share:
Since last night my young son has been unwell. When I got back from work this evening I decided to take him to hospital despite my exhaustion. Indeed, fatigue for his sake is rest.

There were many waiting…perhaps we will be delayed by more than an hour. I took my number and sat down in the waiting room. There were many faces, young and old, but all silent. Some brothers made use of the many booklets available in the waiting room.

Some of those waiting had their eyes closed, while others were looking around. Most were bored. Once in a while the long silence was broken by a nurse calling out a number. Happiness appears on the one whose turn it is, and he gets up quickly…then silence returns.

A young man grabbed my attention. He was reading a pocket-sized Qur`an continuously; not raising his head even once. At first I did not think much about him. However, after one hour of waiting my casual glances turned into a deep reflection about his lifestyle and how he utilizes his time.

One hour of life wasted! Instead of making benefit of that hour, it was just a boring wait. Then the call for prayer was made. We went to prayer in the hospital’s mosque. I tried to pray close to the man who was reading the Qur`an earlier in the waiting room. After the prayer I walked with him. I informed him of how impressed I was of him and how he tries to benefit from his time.

He told me that most of our time is wasted without any benefit. These are days that go from our lives without being conscious of them or regretting their waste. He said that he started carrying the pocket-sized Qur`an around when a friend encouraged him to make full use of his time. He told me that in the time other people waste he gets to read much more of the Qur`an than he gets to read either at home or in the mosque. Moreover, besides the reward of reading the Qur`an, this habit saves him from boredom and stress. He added that he has now been waiting for one and a half hours.

Then he asked, “when will you find one and a half hours to read the Qur`an?”

I reflected…how much time do we waste?

How many moments of our lives pass by, and yet we do not account for how they passed by?

Indeed, how many months pass by and we do not read the Qur`an?

I came to respect my companion, and I discovered that I am to stand for account and that time is not in my hand…so what am I waiting for?

My thoughts were interrupted by the nurse calling out my number…I went to the doctor. But I want to achieve something now. After I left the hospital I quickly went to the bookshop and bought a pocket-sized Qur`an. I decided to be mindful of how I spend the time. That was my intention when I put that Qur`an in my pocket.

HOW MANY PEOPLE WILL DO THIS?

And what great reward is for the one who guides others to this idea?

by Shaykh Abdul-Malik Qasim

Thursday, May 27, 2010

Mata Siapa yang Tak Pernah Menangis


Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar
seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan
seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia".
Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?"
"Ayah, bukankah ini
masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah?".
"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat?"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika

hujan turun?"


Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca
sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"


Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada
anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih, Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah
hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun
yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada
pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula
mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.

"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat
sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut
.

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam
memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah
perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi
saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini
setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu
dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi
hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang
berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya
yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah
yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada
makhlukNya yang penyayang

Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara
kamu!

TAKBIR!! ALLAHUAKBAR!

Thursday, April 1, 2010

Panduan Mengurangkan Tekanan (Motivasi Diri)


Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas daripada menghadapi tekanan ketika bekerja. Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana. Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah hingga anak-anak pula menjadi mangsa. Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.

Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan hidup.

Antaranya ialah :


1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.


2) Perbanyakkan membaca Al-Qur’an
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.


3) Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.


4) Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.


5) Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan- Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.


6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.


7) Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.


8.) Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati lain” ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.


9) Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.


10) Cintai diri sendiri
“Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain”. Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya.

sumber:rileks.info

Friday, February 19, 2010

Adab murid dengan guru

"Mengapa saya perlu menghormati guru? Mereka bukan ibu bapa saya!".
Mungkin ada yang terkejut tatkala membaca petikan bicara di atas. Namun, begitulah realiti kehidupan di alam persekolahan sekarang. Kalau dulu, guru merupakan insan yang disanjung tinggi dan amat dihormati dalam kalangan masyarakat, namun kini situasinya agak berbeza. Acapkali kita mendengar rintihan hati guru yang berasa kesal dan sebal dengan tingkah laku anak-anak murid yang boleh dikatakan kurang ajar kepada mereka. Hal yang menyedihkan ialah murid-murid ini bukanlah lahir daripada keluarga yang sebegitu. Jika dilihat kepada latar belakang ibu bapa dan penjaga mereka pun, agak sukar mempercayai mereka sanggup mengeluarkan kata-kata yang menghiris hati sebegitu.
Biar apapun sebabnya, generasi muda yang masih belajar di sekolah haruslah sedar bahawa hampir 80% kehidupan mereka dihabiskan di sekolah dengan bimbingan guru-guru. Selain itu, terdapat juga ibu bapa yang menyerahkan bulat-bulat tanggungjawab mendidik anak-anak mereka kepada guru dengan alasan mereka sibuk bekerja dan mungkin sebenarnya tidak mampu mendidik anak-anak dengan sempurna. Oleh itu, semua anak muda tidak harus memandang sebelah mata kepada insan yang bernama 'guru'. Merekalah yang mencurahkan ilmu kepada mereka sama ada rela atau terpaksa. Agak sukar sebenarnya meneroka alam perguruan jika anak didik yang diasuh tidak tahu menghargai segala titik peluh yang telah dicurahkan.
Amatlah diharapkan agar generasi muda berinteraksi dengan guru sebaik mungkin kerana merekalah penjaga mereka ketika ibu bapa mereka sibuk bekerja. Sayangilah mereka kerana daripada hubungan yang penuh kasih sayang akan melahirkan jalinan mesra yang membahagiakan.

Wednesday, February 10, 2010

HIDUP YANG PENUH KASIH SAYANG


Salam untuk semua.
Sering kali berlaku kejutan dalam kehidupan. Faktor yang paling penting ialah kita sentiasa cuba menyediakan diri untuk menghadapi segala kemungkinan. Memang bukan mudah untuk menerima segala kekurangan diri, namun, jika kita berfikiran positif, sudah tentu segala masalah dijadikan peluang.
Menyentuah soal kasih sayang yang menjadi landasan utama dalam kehidupan, kita perlulah membuang segala rasa ego di hati ketika menjalinkan hubungan dengan orang lain. Jika kita mahu orang lain memberi kasih sayang mereka kepada kita, maka bersedialah untuk menghulurkan kasih sayang yang ada kepada mereka. Pasti hidup akan menjadi gembira jika semua orang hidup berkasih sayang!
Salam sayang untuk semua.

Friday, January 8, 2010

Muhasabah Cinta

Wahai Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Ku pasrahkan semua padaMu

Tuhan, baru ku sedar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir dikidung doaku
Sakit yang ku rasa
Biar jadi Penawar dosaku

Butir-butir cinta airmataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Ilahi ...
Muhasabah cintaku ...

Tuhan, kuatkan aku
Lindungi ku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu

Tuesday, November 24, 2009

Sikap insan CEMERLANG!

  • Mengeratkan hubungan dengan Maha Pencipta

  • Ada cita - cita dan matlamat hidup

  • Sikap positif (mencari jalan bukan mencari alasan)

  • Cerdas minda

  • Akhlak mulia

  • Bersih minda dan jasmani

  • Menepati masa

  • Bersih, cekap dan amanah (Jujur)

  • Bertanggungjawab

  • Percaya akan diri sendiri

  • Pandai bergaul, tidak sombong

  • Mempunyai kestabilan emosi; tidak mudah naik darah

  • Mempunyai daya inisiatif yang tinggi

  • Kreatif

  • Mempunyai kemahuan untuk maju

  • Mempunyai sikap terbuka

  • Mudah dihubungi

  • Berwibawa

Langkah-langkah menjadi CEMERLANG!

  • Dorongan dan tenaga yang hebat.

  • Keyakinan diri.

  • Suka mengetahui hasil kerjanya.

  • Berterusan dalam menyelesaikan masalah.

  • Sentiasa menentukan matlamat.

  • Mengambil risiko yang sederhana.

  • Mengendali kegagalan dengan positif.

  • Menggunakan maklum balas.

  • Mengambil inisiatif

  • Kepercayaan nasib banyak bergantung pada usaha.

  • Boleh menyesuaikan diri.

  • Berpandangan jauh.

  • Suka akan cabaran.

  • Tekun / Rajin.

  • Berdisiplin.

  • Berusaha mencapai kecemerlangan.



Lagu Kita...(aizat)

Deras hati ku berdetar
Di langit aku terlihatkanmu
Terang malam.... teman kita
Dengan angin meniup sayu

Ku petik gitar akustik ini
Dengan harapan dia mendengar
Melodi indah yang ku cipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanya

*Dan aku terus...
Menyanyi lagu ini untukmu
Walau berjuta mendengar
Lagu ini hanya untukmu
Arah hidup kita
Digambar bintang di angkasa
Dan berkelip melukis cinta
Terciptalah Lagu Kita

Melodi indah yang ku cipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanya

Terciptalah Lagu Kita

KENANGAN TERINDAH...(samsons)


Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
cinta yang tlah hilang darimu
yang mampu menyanjungku

Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
selama itu pun
aku mampu tuk mengenangmu

Darimu, kutemukan hidupku
Bagiku, kau lah cinta sejati

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang telah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah






Anak Soleh (U.N.I.C)

Sifat anak yang soleh mentaati ibu ayah
Tidak membantah malah mentaatinya
Halus peribadinya mencontohi Rasulullah
Tingkah lakunya dijaga akhlak dipelihara
Segala amalan dijaga hanya kerana Yang Esa

Hormat pada yang tua Kasih pada yang muda
Sayang pada ibu ayah dan juga keluarga
Hidupnya rajin berusaha
Tidak pernah berputus asa
Didalam kehidupan penuh pancaroba

Tiada cinta di hatinya Hanyalah cinta Allah
Ada rasa rindu Hanyalah untuk Rasulullah
Kasih dan sayang hanyalah pada ibu ayah
Hormat menghormati sesama insan berbudi
Guru dan teman-teman sentiasa dikasihi
Itulah diantara sifat anak-anak yang soleh

Wednesday, August 12, 2009

Hidup bererti

Kalau kita asyik mahu mencari kesalahan orang, adakah hidup kita akan bahagia?
Kalau kita asyik mahu mencipta sengketa, adakah hidup kita akan gembira?
Kalau kita asyik mahu melihat kekurangan diri, adakah hidup kita akan sempurna?
Kalau kita asyik bercakap sahaja, adakah semua impian hidup kita akan menjadi?
Sememangnya, semua persoalan di atas agak sukar untuk dijawab oleh jiwa yang rasional. Satu renungan, penelitian, dan pencernaan minda amat diperlukan dalam merungkai frasa-frasa yang dinyatakan. Nampak sukar? Atau gaya bahasa saya yang mengelirukan?
Dalam pergaulan seharian, kita pasti akan bertemu dengan manusia yang mempunyai pelbagai ragam dan kerenah yang kadang kala amat sukar untuk dimengertikan.
Bukan sedikit orang yang suka melihat orang lain melakukan kesalahan. Walaupun kesalahan tersebut sebesar zarah, pasti hal tersebut akan digembar-gemburkan ke seluruh organisasi. Begitu juga terdapat spesies manusia yang amat gembira apabila melihat seseorang yang lain berdukacita atau mengalami masalah. Aduhai...hidup ini hanya sementara namun, mengapakah hal-hal sebegini masih berlaku di dalam dunia yang fana ini. Justeru, muhasabahlah diri agar diri terhindar daripada segala bentuk kebatilan dan sentiasa cuba menjauhi kemungkaran. Alangkah indahnya hidup ini andainya semua umat manusia hidup dalam berkasih sayang?

Friday, August 7, 2009

RAHSIA TULISAN TANGAN

Artikel ini saya peroleh ketika melayari blog MUZRI dalam ruangan Tips Kehidupan. Memang seronok jika kita mahu mengenali diri sendiri.

Rahsia Melalui Tulisan Dr Fadzilah Kamsah

Pertama : Tekanan

i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

Kedua : Bentuk Tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
· Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Ketiga : Kecondongan

i. Condong ke kanan
· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang

iii. Tegak
· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah

iv. Campur-campur
· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

Keempat : Kerapatan

i. Jarang-jarang
· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z

i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)

i. Tinggi
· Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

Rumusan : -

Tulisan mencerminkan peribadi… Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup…

Saturday, July 18, 2009

Pabila hati berbisik


Kadang kala, akan terdetik di dalam hati tentang matlamat dan misi diri dalam mengharungi duniawi ini. Timbul juga rasa lelah dalam memikirkan hal yang akan terjadi pada masa depan. Adakah aku mampu melaluinya? Adakah aku dapat mengatasi segala dugaan yang telah tersurat?
Mungkin segalanya hanya usikan nakal yang cuba menggugah pendirian diri. Yang penting dan hakiki ialah cuba yang terbaik dan berserah kepada Allah dalam merencana perjalanan diri.