Assalamualaikum, alhamdulillah kelas tambahan untuk tingkatan 3 dan tingkatan 5 telah selesai dilaksanakan. Kelas Jaya Diri untuk PMR diadakan pada hari Isnin 24 Ogos 2009. Terima kasih diucapkan kepada Kak Dian, Kak Julie, Aini, Azeanna, dan Wan yang bertungkus lumus mengajar murid-murid yang datang walaupun hanya 14 orang yang datang. Mudah-mudahan segala ilmu yang dicurahkan dapat membantu murid yang betul-betul ingin berubah. Kelas Jaya Diri SPM berlangsung pada hari ini walaupun hanya 15 orang yang hadir. Dapat juga saya mencurah ilmu dalam bahagian Karangan Berpandu. Terima kasih kepada Chen, Leong, Fice Tine dan Wan yang sanggup mengorbankan masa cuti mereka untuk bersama-sama murid yang hadir. Tak lupa juga terima kasih kepada kak Norita (GKM Bahasa) yang sudi meluangkan masa bersama cikgu-cikgu BM yang berdedikasi. Semoga segala usaha yang dicurahkan dapat mendatangkan hasil yang diharapkan. Letihlah jugak walaupun sekejap...bulan puasalah katakan.
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Cikgu ingin berkongsi dengan anda semua tentang teknik menulis isi karangan yang dapat memudahkan anda mengingati isi penting karangan dengan mudah.
K-----Keluarga I----- Ibu bapa S-----Sekolah Me---Media massa Ma---Masyarakat K-----Kerajaan
KELUARGA (K) Huraian tentang keluarga meliputi aspek adik-beradik, saudara mara, dan sesiapa sahaja yang boleh dikaitkan sebagai keluarga. Jelaskan peranan dan tanggungjawab setiap individu yang boleh dipanggil keluarga dalam karangan anda. Kata-kata hikmat kepimpinan melalui teladanboleh menggambarkan betapa contoh yang baik amat diperlukan dalam menjalani kehidupan.
IBU BAPA (I) Ibu bapa sering digambarkan sebagai suri teladan kepada anak-anak. Oleh itu, isi ini agak mudah untuk dikembangkan oleh sesiapa sahaja. Pastikan anda menjelaskan secara terperinci aspek ini. Peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnyaamat sinonim dengan fungsi ibu bapa dalam mendidik anak-anak sejak kecil.
SEKOLAH (S) Sekolah menjadi rumah kedua kepada remaja. Jelaskan peranan pihak sekolah dalam menguatkuasakan disiplin dan program di sekolah. Begitu juga dengan peranan guru dalam mendidik murid sama ada di dalam kelas ataupun semasa aktiviti kokurikulum. Peribahasa guru kencing berdiri, murid kencing berlari boleh digunakan.
MEDIA (Me) Media massa amat berpengaruh dalam menyalurkan maklumat kepada masyarakat sama ada media cetakan mahupun media elektronik. Huraikan kesan penyaluran maklumat oleh media massa terhadap sesuatu isu yang dibincangkan. Frasa mata pena lebih tajam daripada mata pedang amat sesuai digunakan dalam konteks ini.
MASYARAKAT (Ma) Setiap ahli masyarakat perlu memainkan peranan masing-masing dalam sesuatu isu. Setiap insan mempunyai peranan yang penting. Jelaskan secara terperinci fungsi ahli masyarakat. Penggunaan peribahasa berkaitan bekerjasama boleh digunakan, misalnya ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni atau bagai aur dengan tebing atau yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.
KERAJAAN (K) Peranan kerajaan amat penting dalam sesuatu isu kerana kerajaanlah badan pemerintah, pembuat dasar dan pihak yang memastikan dasar dilaksanakan dengan sempurna. Kempen yang berterusan yang berkesan boleh dilakukan oleh kerajaan. Penjelasan tentang kesan kempen atau penguatkuasaan undang-undang di sesebuah negara boleh dihuraikan. Janganlah sampai nasi menjadi bubur atau amalan sudah terhantuk baru tengadah diamalkan oleh pihak kerajaan.
Seterusnya, bagi setiap isi, anda boleh menggunakan teknik ABCTOK dalam menghuraikan dan menjelaskannya.
A-----Apakah isu yang dibincangkan atau ingin dihuraikan? B-----Bilakah hal tersebut boleh dilakukan atau berlaku? C-----Cara perkara tersebut dilaksanakan. T-----Tempat perkara tersebut dilakukan. O-----Orang yang terlibat dalam perkara tersebut. K-----Kenapakah perkara tersebut penting dalam isu yang dibincangkan.
Karangan bahan rangsangan:
Usaha-usaha membantu mangsa banjir
Isi karangan berdasarkan gambar yang diberi
Karangan Respons Terbuka :
S1- Persediaan untuk menghadapi temu duga untuk mendapatkan biasiswa bagi melanjutkan pelajaran ke IPTA
S2 - Syarahan bertajuk, "Keluarga bahagia penentu kecemerlangan akademik anak-anak"
S3 - Kebaikan menyertai aktiviti sukan lasak
S4 - Cara-cara untuk meningkatkan keluaran bahan makanan negara.
S5 - Langkah-langkah mempromosi seni dan budaya Malaysia ke luar negara.
Tema yang masih belum disentuh secara langsung setakat peperiksaan BM Julai 2009 , antaranya termasuk :
1. Isu pendidikan negara
2. Pengangkutan awam
3. Pelaburan dan tabungan
4. Pelancongan
5. Memulihara bangunan bersejarah
Jadikanlah maklumat ini sebagai panduan dalam mengulang kaji untuk SPM 2009. Kertas Soalan Kertas 2 akan cikgu bincangkan di dalam kelas seandainya berkesempatan.
Minggu hadapan peperiksaan percubaan SPM dan PMR akan bermula. Sebagai panduan untuk murid-murid yang ingin cemerlang dalam aspek penulisan karangan, cikgu ingin berkongsi penanda wacana yang boleh digunakan dalam penulisan anda semua. Percayalah, latihan yang berterusan akan membuahkan hasil yang diinginkan.
i) Penanda permulaan karangan a) Pada era globalisasi ini,
b) Pada zaman pascakemerdekaan ini,
c) Dalam meniti arus kemodenan ini,
d) Dewasa ini,
e) Pada masa ini,
f) Kini,
g) Dasawarsa ini,
h) Dalam meniti kehidupan pada marcapada,
i) Sejak sedekad yang lalu,
j) Sejak negara menikmati arus kemerdekaan,
k) Kebelakangan ini,
l) Belakangan ini,
m) Sejak akhir-akhir ini,
ii) Penanda memulakan isi baharu a) Selain itu,
b) Di samping itu,
c) Sementara itu,
d) Lebih-lebih lagi,
e) Dalam pada itu,
f) Lain daripada itu,
g) Pada waktu yang sama,
h) Dalam pada itu,
i) Seterusnya,
iii) Penanda huraian isi karangan a) Hal ini demikian kerana
b) Hal ini berlaku kerana
c) Hal ini terjadi kerana
d) Hal ini disebabkan oleh
e) Hal ini wujud akibat daripada
f) Hal ini bersangkut-paut dengan
g) Hal ini berpunca daripada
h) Hal ini tercetus apabila
i) Hal ini timbul apakala
iv) Penanda memberi contoh dalam karangan a) Misalnya,
b) Contohnya,
c) Sebagai contoh,
d) Tamsilnya,
e) Sebagaimana yang kita sedia maklum,
v) Penanda menghuraikan contoh a) Hal ini mengakibatkan
b) Hal ini menyebabkan
c) Oleh itu,
d) Maka,
e) Oleh hal yang demikian,
f) Oleh sebab itu,
g) Jelaslah bahawa
h) Justifikasinya,
vi) Penanda menutup isi a) Kesannya,
b) Natijahnya,
c) Akibatnya,
d) Akhirnya,
e) Dengan itu,
f) Dengan berbuat demikian,
g) Dengan keadaan sedemikian,
vii) Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat Contoh:
Masalah sosial yang dibincangkan oleh masyarakat ini memang memeningkan kepala (Huraian 1)_(x)_ membimbangkan semua pihak. (Huraian 2)
a) justeru
b) malah
c) malahan
d) tambahan pula
e) sementelahan
f) sekali gus
g) di samping
h) bahkan
i) malar-malar
viii) Penanda memulakan perenggan penutup a) Kesimpulannya,
b) Intihanya,
c) Secara tuntas,
d) Konklusinya,
e) Sebagai penutup wacana,
f) Sebagai penghias bicara akhir,
g) Sebelum mengakhiri wacana ini,
h) Secara keseluruhan,
ix) Penanda menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza a) Walau bagaimanapun,
b) Namun demikian,
c) Daripada perspektif yang berbeza,
d) Jika dilihat dari sudut lain,
e) Dengan kata lain,
f) Kontradiksinya,
g) Di sebalik itu,
h) Dalam pada itu,
i) Dari sudut lain,
x) Penanda memulakan atau memasukkan peribahasa a) Bak kata peribahasa, .......
b) Bak kata peribahasa Melayu, ............
c) Bak kata orang tua-tua, ...........
d) Bak kata mutiara, .........
e) Bak peribahasa, ............
f) Bak kata cendekiawan, .............
g) Persis kata peribahasa, ............
h) Persis kata peribahasa Melayu, .............
i) Persis kata orang tua-tua, ............
j) Persis kata mutiara, ............
k) Persis peribahasa, ...............
l) Persis kata cendekiawan, .............
m) Hal ini sama dengan peribahasa ..........
n) Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni .......
o) Fenomena ini dikatakan
p) Masalah ini sama dengan peribahasa ...........
q) Saya yakin rakyat Malaysia mengenali peribahasa .......
Selamat berjaya kepada semua murid-murid yang tersayang terutamanya murid-murid di Kelas 3 Angsana, 3 Penaga, dan 5 Batai.
Kalau kita asyik mahu mencari kesalahan orang, adakah hidup kita akan bahagia? Kalau kita asyik mahu mencipta sengketa, adakah hidup kita akan gembira? Kalau kita asyik mahu melihat kekurangan diri, adakah hidup kita akan sempurna? Kalau kita asyik bercakap sahaja, adakah semua impian hidup kita akan menjadi? Sememangnya, semua persoalan di atas agak sukar untuk dijawab oleh jiwa yang rasional. Satu renungan, penelitian, dan pencernaan minda amat diperlukan dalam merungkai frasa-frasa yang dinyatakan. Nampak sukar? Atau gaya bahasa saya yang mengelirukan? Dalam pergaulan seharian, kita pasti akan bertemu dengan manusia yang mempunyai pelbagai ragam dan kerenah yang kadang kala amat sukar untuk dimengertikan. Bukan sedikit orang yang suka melihat orang lain melakukan kesalahan. Walaupun kesalahan tersebut sebesar zarah, pasti hal tersebut akan digembar-gemburkan ke seluruh organisasi. Begitu juga terdapat spesies manusia yang amat gembira apabila melihat seseorang yang lain berdukacita atau mengalami masalah. Aduhai...hidup ini hanya sementara namun, mengapakah hal-hal sebegini masih berlaku di dalam dunia yang fana ini. Justeru, muhasabahlah diri agar diri terhindar daripada segala bentuk kebatilan dan sentiasa cuba menjauhi kemungkaran. Alangkah indahnya hidup ini andainya semua umat manusia hidup dalam berkasih sayang?