Sebenarnya Hari Sukan Sekolah baru sahaja berlalu semalam. Bukannya buat apa sangat. Tapi terik matahari yang membakar amat terasa sampai ke saat ini. Itu baru terik matahari di dunia. Cuba fikirkan tentang terik mat
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEji2DXCy97yRU2oPoIGV86UHB1bJxnRKZnbAQHfCBs6seLvx9oYlYde7PJsaAdMWyB8_U9k7-8IB4x6-SmkpE6ym3FWI3xSgW5Mua7JXF36Qk9alW65UT2cGpGkbjt0JmHUAY1XLtBKrfVa/s200/mother.jpg)
Kalau difikir-fikirkan semula nampaknya macam wanita sahajalah yang banyak bebannya dalam meneruskan kelangsungan hidup ini. Apa tidaknya, anak merengek ibulah yang memujuknya. Kalau suami merengek, isterilah yang melayannya. Tapi, kalau si ibu atau si isteri yang merengek... agak-agaknya akan adakah yang cuba mendodoikannya? Adil @ tak adil? Sebenarnya, walaupun wanita sering menyatakan kesanggupan untuk melaksanakan segala tugas yang dipertanggungjawabkan, memang musuh manusia akan sentiasa cuba menghasut agar perasaan tidak berpuas hati sentiasa bertahta. Oleh itu, kalaulah termuncul perasaan sebegitu, cepat-cepatlah beristighfar dan memohon kemaafan daripada Pencipta.
Aku berdoa agar segala penat lelah dan keletihan yang aku rasakan akan mendapat keredhaan daripadaNya. Semoga Allah memberi kekuatan kepadaku untuk mengharungi segala dugaan dan cabaran dalam kehidupan. Sememangnya hidup ini suatu perjuangan!
No comments:
Post a Comment