Monday, June 15, 2009

Seronoknya...TQ Dr. D.

Alhamdulillah, aku dapat CGPA 4.0 untuk semester yang lepas. Subjek 'Personality' dan 'Adolescence Psychology' memang menyeronokkan. Masih teringat di ruang mata akan raut wajah Dr. Diana Lea Baranovich yang runcing hidungnya. Menarik! dan memang aku tertarik!. Terlalu banyak yang boleh aku pelajari daripada cara pengajaran Doktor Amerika nan sorang ni. Lebih-lebih lagi aku mencabar diriku sendiri untuk mengikuti kelas yang dikendalikan dalam BI ni. Perbincangan dan semua tugasan dalam BI. Terima kasih kepada kak Farahnaz dan kak Shahlawati yang sentiasa sedia membantu. Luv u so much!

Subjek 'Personaliti' mengajar aku tentang diri sendiri. Siapa aku sebenarnya dan apa yang wujud dan terlahir dalam diri aku ini. Oh, ya... aku tak akan lupa tentang 'scrap book- An Untold Story' yang aku hasilkan. Ya, memang aku tak pernah menceritakannya kepada sesiapa. Lukisan yang lahir daripada hati, dan luahan perasaan yang luhur tanpa paksaan. Hebat! Subjek 'Psikologi Remaja' memang banyak membantu aku memahami dengan lebih mendalam tentang fikiran dan perwatakan remaja yang sememangnya murid-muridku terdiri daripada golongan ini. Atau yang lebih penting, aku akan menjadi ibu kepada remaja yang sudah tentu berbeza latar persekitarannya.

Memang Dr. Di seorang yang unik. Aku dan rakan-rakan akan duduk dalam bulatan ketika mendengar perkongsian ideanya. Dia tidak bersyarah, dia tidak membebel, dan jauh sekali memandang rendah kepada keupayaan mana-mana individu. Kami bebas mengutarakan pendapat walaupun seringkali bertentangan dengannya. Beliau sedia mendengar dan mungkin kerana itulah dia selayaknya menjadi seorang 'therapist' untuk insan yang memerlukan bantuannya. Aku pula tanpa segan silu menghadiahkan sepasang anting-anting dan kalung berwarna ungu - warna kegemarannya. Hadiah tersebut kuletakkan di dalam kotak berwarna ungu keemasan dan tertulis kata-kata "You inspire me to bring out the best in me". Sebenarnya aku tak suka memberi hadiah kepada 'lecturer' kerana takut disalah anggap sebagai 'pembodek' tapi... Dr. Di memang lain. Aha, semasa hari peperiksaan yang tak rasa macam periksa, beliau memakai anting-anting tersebut (memang beliau pandai menghargai agar orang lain rasa dihargai).

Walaupun beliau memberi idea dari sudut perspektif barat, itu bukanlah suatu halangan bagiku. Lautan ilmu ini begitu luas. Kalau sarjana barat sedia meneroka ilmu daripada sarjana Islam, mengapa tidak kita. Ambillah yang elok, dan pandai-pandailah menapis keruh yang ada. Akal dan fikiran telah Allah berikan kepada manusia untuk digunakan dengan penuh keinsafan. Semoga 'Queen Di' akan mendapat hidayah daripadaNya.

1 comment:

  1. Bila Nora bercerita pasal Queen Di, hati akak terkenang sifu tersohor di bidang Psikologi Pendidikan, Allahyarham Prof. Atan Long.Kelas bersama prof sentiasa segar. Riuh dengan hilai ketawa.Wataknya yg sangat sederhana dan kehadiranya sentiasa ditunggu2 oleh kami semua. Well. ingatkan dia rasa macam nak jadi cikgu balik ...

    ReplyDelete